Sunday, April 18, 2010

PM Dato' Seri Najib Tun Razak sebak pulang ke Lepeh


foto by Kumprinx

KUALA LIPIS: Bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, lawatannya sehari hari ini ke Kuala Lipis, bukanlah sebarang lawatan.

Ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan bonda Tun Rahah Mohd Noah, program sehari beliau bersama warga Lipis, tempat kelahirannya begitu bermakna sekali.

Lawatannya ke tempat kelahirannya itu merupakan yang pertama kali sejak beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009.

"Saya begitu tersentuh hati bila orang Lepeh (sebutan Lipis) mengibaratkan saya sudah "balik ke Lepeh", dan saya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dengan Umno dan Barisan Nasional Lipis, di sini.

Perdana Menteri berkata sejak pagi tadi selepas menghadiri program Sambutan 50 tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan lawatan ke rumah kelahirannya di Bukit Bius, emosinya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan.

Lebih 5,000 orang membanjiri Dataran Lipis ketika menyambut Najib merasmikan program kementerian itu.

Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata beliau juga terharu ketika ditawarkan bertanding di Parlimen Pekan pada pilihan raya umum 2004 berikutan keputusan agak kurang memberangsangkan pada pilihan raya umum sebelum itu.

"Pada 1999 (pilihan raya umum) saya hadapi masalah di Pekan, saya menang cuma 241 undi majoriti.

"Saya sayang "Lepeh" tapi saya yakin orang Pekan masih menerima saya," katanya.

Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 ketika Allahyarham Tun Razak dan Tun Rahah menetap di Kuala Lipis.

Berucap pada sambutan 50 tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wilayah sebelum itu juga, Najib berkata beliau memaklumkan kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya majlis sambutan itu tidak sesekali diadakan di Pekan.

"Apabila Datuk Seri Shafie kata nak buat di Lipis, saya begitu teruja sekali, malah bonda saya juga berkata walau apa pun, beliau pasti akan datang juga," kata Najib.

Beliau kemudiannya turut melawat rumah kelahirannya yang kini menjadi kediaman rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang di Bukit Bius di sini yang ternyata menggamit memori beliau 57 tahun lepas.

Najib yang ditemani Rosmah dan Rahah tiba di rumah berkenaan kira-kira 1.25 petang dan meluangkan masa kira-kira 30 minit.

Beliau nyata begitu teruja semasa menatap gambar-gambar lamanya ketika dibesarkan di rumah berkenaan. - BERNAMA

Gurindam dari Lipis




Anak Lipis dewasa di Pekan,
Turun waris pemimpin ternama,
Alhamdulilah syukur kita lafazkan,
Satu Malaysia rakyat di utamakan.

Turun waris pemimpin ternama,
Bagai harimau meninggalkan belang,
Satu Malaysia rakyat diutamakan,
Bersatu melonjak prestasi cemerlang.

Bagai harimau meninggalkan belang,
Masyhur sejarah musim berzaman,
Bersatu melonjak prestasi cemerlang,
Makmur Malaysia sepanjang zaman.

Friday, April 16, 2010

Konvoi 1 Malaysia Bersama Ahli Parlimen Lipis dan ADUN Benta



Tarikh Konvoi :
28 Mei 2010 hingga 29 Mei 2010

Objektif Konvoi :

Konvoi 1 Malaysia Bersama Pemimpin ini adalah merupakan aktiviti kemasyarakatan di mana ahli-ahli Mycarmotorclub bersama pemimpin akan masuk ke kampung-kampung sekitar kawasan Benta, Kuala Lipis. ianya adalah untuk mengeratkan tali persaudaraan di antara ahli. Selain daripada itu mendekatkan pemimpin dengan masyarakat kampung. Ahli-ahli juga akan didedahkan dengan beberapa maklumat daripada pihak berkuasa.

Tentatif Konvoi :

28 Mei 2010
8.00am
: Berkumpul di Dataran Lipis Mycar Lipis, Mycar Temerloh, Mycar Kuantan
: Taklimat Marshall / Taklimat Perjalanan
: Pemeriksaan kenderaan dan barangan keperluan
8.30am
: Bertolak dari Kuala Lipis
: Checkpoint 1 ( R&R Benta )
Berkumpul bersama Mycar Raub & Bentong
: Destinasi 1
: Destinasi 2
: Destinasi 3
6.00pm
: Mendirikan khemah
8.00pm
: Malam Kebudayaan
: BBQ
: Bersama pemimpin ( YB Dato' Dr. Sharum )

29 Mei 2010
6.00am
: Solat Subuh
: Sarapan Pagi
8.00am
: Sumbangan dan gotong-royong perdana
2.00pm
: Perjumpaan bersama Ketua Polis Daerah Lipis (Rakan Cop)
5.00pm
: Bersurai

Cenderahati daripada YB Dato' Dr. Sharum akan diberikan kepada semua ahli yang menyertai konvoi 1 Malaysia bersama pemimpin ini.......:-) jangan lepaskan peluang ini.....

Saturday, April 10, 2010

Story Konvoi Silaturahim Lipis - Temerloh 2010





























Konvoi Silaturahim 2010 adalah merupakan konvoi yang berobjektifkan mengeratkan tali persaudaraan di antara kesemua ahli Mycar di daerah2 lain seperti Kuantan, temerloh, bentong dan Raub......aktiviti ini dimulakan dari Lipis dan singgah di raub untuk minum pagi dan diteruskan ke Bentong......................

Setiba di Temerloh kami mengadakan aktiviti di Pusat Pemuliharaan Gajah di Kuala Gandah Lanchang tetapi sayang kami tiba lewat dan tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti yang disediakan walaubagaimanapun kami sempat juga untuk mengabadikan kenangan bersama gajah2 yang ada di sana.

Selesai beramah mesra dengan gajah2 di Kuala Gandah kami terus ke Bandar Temerloh untuk bersama2 dengan YB Datuk Dr. Sharum Ahli Parlimen Lipis yang merupakan penggerak utama di dalam aktiviti2 Mycar bagi tahun ini.



Kepada semua yang menjayakan aktiviti konvoi silaturahim kali ini ucapan jutaan terima kasih dengan kerjasama dan komitmen yang diberi.......

Perbincangan bersama YB Datuk Sharum







Perjumpaan bersama YB Datuk Dr Sharum ahli parlimen Lipis bagi membincangkan Konvoi 1 Malaysia bersama ahli parlimen Lipis dan ADUN Benta yang akan diadakan pada 22 April hingga 23 April 2010 di beberapa kampung sekitar kawasan Benta.

Thursday, April 8, 2010

Konvoi Silaturahim 2010 Lipis ke Temerloh


Tarikh : 10 April 2010 ( Sabtu )
Masa : 8.00 pagi
Aktiviti : 8.00 pagi : Berkumpul di Dataran Lipis (Checkpoint 1)
: Pemeriksaan kenderaan
: Taklimat Marshall dan perjalanan
: 9.00 pagi : Bertolak ke Raub (Checkpoint 2)
: Makan pagi bersama Mycar Raub
: 11.00 pagi : Bertolak ke Bentong (Checkpoint 3)
: 12.00 t/hari : Bertolak ke Temerloh (Checkpoint 4)
: Makan tengah hari
: Melawat Gajah
: Futsal
: Perjumpaan bersama YB Sharum

Majlis Perkahwinan ahli Mycar Raub....






assalamualikum kepada semu ahli-ahli Mycar dan warga internet sekalian........dikesempatan ini kawan memohon kemaafan sebab dah lama tak update blog kite ni ....tak berkesempatan huuhuuhuhu. Di kesempatan ini juga kami warga Mycar mengucapkan Selamat Pengantin baru kepada pasangan pengantin Mycar Raub yang telah dihadiri oleh beberapa ahli Mycar dari Lipis dan Raub sendiri....semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.............

Anda mencari permaisuri bagi rumahtangga anda
Anda mencari teman anda
Anda mencari kekasih anda
Anda mencari menantu kepada ibubapa anda
Anda mencari cucu kepada datuk nenek anda
Anda mencari kakak kepada adik-adik anda
Anda mencari adik kepada saudara -saudara anda yang tua
Anda mencari keluarga bagi kaum keluarga anda
dan
Anda mencari ibu kepada anak-anak anda......

MyCar MotorClub © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute