Tuesday, January 26, 2010

Tips - Tips Mengelakkan Kemalangan



Kemalangan jalan raya telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada negara. Ia melibatkan kecederaan, penderitaan dan kematian yang paling tinggi di negara ini.

Berikut adalah beberapa tip yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan:

  1. Pastikan segala lat pada kenderaan berfungsi dengan baik sebelum memulakan perjalanan. Dapatkan nasihat daripada mekanik kereta yang berpengalaman mengenai keadaan kereta anda. jika ada alat-alat yang tidak berfungsi dengan baik, gantikan dengan yang baru.
  2. Pastikan brek, minyak brek dan lampu brek berada dalam keadaan baik. Pemeriksaan ke atas sistem brek penting bagi memastikan kenderaan anda dapat berhenti dengan baik ketika berlaku kecemasan.
  3. Pastikan semua tayar kereta anda berfungsi dengan baik dan boleh digunakan, termasuklah tayar ganti. Periksa bunga tayar dan tekanan angin dalam tayar anda.
  4. Pastikan lampu utama, lampu isyarat dan sistem pendawaian elektrik kereta anda berfungsi dengan baik.
  5. Periksa pengelap cermin (wiper) kereta nada. Jika permukaan pengelap berkenaan tidak mampu menyapu air pada kaca cermin, gantikan dengan yang baru.
  6. Pastikan minyak klac, air radiator, hon, ekzos, air bateri, tali kipas, tangki air, saluran paip, paras minyak enjin dan tali pinggang keselamatan sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan dan selamat untuk digunakan.
  7. Jangan memandu laju dan bersikap suka berlumba-lumba. Sesuaikan kelajuan mengikut keadaan cuaca, lalu lintas, cara pemanduan, penglihatan dan keadaan kereta anda.
  8. Sentiasalah mematuhi segala peraturan dan papan-papan tanda keselamatan jalan raya.
  9. Elakkan daripada melakukan aktiviti-aktiviti lain semasa memandu seperti menggunakan telefon dan merokok kerana konsentrasi anda boleh terganggu. tumpukan perhatian anda sepenuhnya kepada pemanduan di jalan raya.
  10. Jika anda rasa letih dan mengantuk ketika memandu. anda perlulah berhenti untuk berehat. jangan meneruskan perjalanan jika anda berada dalam keadaan sedemikian kerana ia boleh membahayakan perjalanan anda.
  11. Jika anda ingin membelok ke kiri dan kanan atau berhenti, tunjukkan niat anda dengan menggunakan tanda isyarat yang betul. Pastikan anda menggunakan lampu isyarat kenderaan anda untuk sebarng tindakan.
  12. Berwaspadalah sentiasa di persimpangan jalan.
  13. Amalkan sikap bersopan santun dengan pengguna jalan raya yang lain. Jangan mengikut perasaan dan emosi anda.
  14. Anda perlulah rancang perjalanan anda lebih awal, rancang laluan dan peruntukan masa perjalanan anda bagi mengelakkan anda tergesa-gesa sewaktu pemanduan.

APA YANG HARUS ANDA BUAT BILA BERLAKU KEMALANGAN ?

  1. Hendaklah memberhentikan kenderaan anda dengan serta merta ditempat kejadian. Sek. 52(1) RTA 1987
  2. Memberi bantuan kepada simangsa untuk menghantarnya ke Hospital.
  3. Kenderaan anda boleh diubah jika ianya mengganggu perjalanan lalulintas.
  4. Hendaklah dengan segera membuat laporan dibalai polis yang berhampiran. Laporan hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan kecuali anda dirawat di Hospital atau lain-lain sebab yang munasabah. Sek. 52(2) RTA
  5. Hendaklah menunjukkan untuk diperiksa dokumen-dokumen sperti lesen pemandu, perakuan Insuran, cukai jalan dan lain-lain kepada Pegawai Polis. Sek. 52(4)(a), (b) & (c) RTA
  6. Jika anda melihat sesuatu kemalangan berlaku, anda hendaklah mencatitkan nombor-nombor kenderaan yang terlibat dan memberi maklumat kepada pihak polis.
  7. Bila anda diminta oleh pihak Polis untuk memberi apa-apa bantuan yang munasabah kepada mangsa kemalangan, anda hendaklah memberi bantuan tersebut. Sek. 52 (3) RTA.

Oleh yang demikian kepada semua pengunjung MycarMotorClub khususnya kepada ahli-ahli Mycarmotorclub berhati-hati lah di jalan raya sesungguhnya masih ada yang sayang...............

0 comments:

Post a Comment

MyCar MotorClub © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute