Tuesday, January 26, 2010

Tips - Tips Mengelakkan Kemalangan



Kemalangan jalan raya telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada negara. Ia melibatkan kecederaan, penderitaan dan kematian yang paling tinggi di negara ini.

Berikut adalah beberapa tip yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan:

  1. Pastikan segala lat pada kenderaan berfungsi dengan baik sebelum memulakan perjalanan. Dapatkan nasihat daripada mekanik kereta yang berpengalaman mengenai keadaan kereta anda. jika ada alat-alat yang tidak berfungsi dengan baik, gantikan dengan yang baru.
  2. Pastikan brek, minyak brek dan lampu brek berada dalam keadaan baik. Pemeriksaan ke atas sistem brek penting bagi memastikan kenderaan anda dapat berhenti dengan baik ketika berlaku kecemasan.
  3. Pastikan semua tayar kereta anda berfungsi dengan baik dan boleh digunakan, termasuklah tayar ganti. Periksa bunga tayar dan tekanan angin dalam tayar anda.
  4. Pastikan lampu utama, lampu isyarat dan sistem pendawaian elektrik kereta anda berfungsi dengan baik.
  5. Periksa pengelap cermin (wiper) kereta nada. Jika permukaan pengelap berkenaan tidak mampu menyapu air pada kaca cermin, gantikan dengan yang baru.
  6. Pastikan minyak klac, air radiator, hon, ekzos, air bateri, tali kipas, tangki air, saluran paip, paras minyak enjin dan tali pinggang keselamatan sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan dan selamat untuk digunakan.
  7. Jangan memandu laju dan bersikap suka berlumba-lumba. Sesuaikan kelajuan mengikut keadaan cuaca, lalu lintas, cara pemanduan, penglihatan dan keadaan kereta anda.
  8. Sentiasalah mematuhi segala peraturan dan papan-papan tanda keselamatan jalan raya.
  9. Elakkan daripada melakukan aktiviti-aktiviti lain semasa memandu seperti menggunakan telefon dan merokok kerana konsentrasi anda boleh terganggu. tumpukan perhatian anda sepenuhnya kepada pemanduan di jalan raya.
  10. Jika anda rasa letih dan mengantuk ketika memandu. anda perlulah berhenti untuk berehat. jangan meneruskan perjalanan jika anda berada dalam keadaan sedemikian kerana ia boleh membahayakan perjalanan anda.
  11. Jika anda ingin membelok ke kiri dan kanan atau berhenti, tunjukkan niat anda dengan menggunakan tanda isyarat yang betul. Pastikan anda menggunakan lampu isyarat kenderaan anda untuk sebarng tindakan.
  12. Berwaspadalah sentiasa di persimpangan jalan.
  13. Amalkan sikap bersopan santun dengan pengguna jalan raya yang lain. Jangan mengikut perasaan dan emosi anda.
  14. Anda perlulah rancang perjalanan anda lebih awal, rancang laluan dan peruntukan masa perjalanan anda bagi mengelakkan anda tergesa-gesa sewaktu pemanduan.

APA YANG HARUS ANDA BUAT BILA BERLAKU KEMALANGAN ?

  1. Hendaklah memberhentikan kenderaan anda dengan serta merta ditempat kejadian. Sek. 52(1) RTA 1987
  2. Memberi bantuan kepada simangsa untuk menghantarnya ke Hospital.
  3. Kenderaan anda boleh diubah jika ianya mengganggu perjalanan lalulintas.
  4. Hendaklah dengan segera membuat laporan dibalai polis yang berhampiran. Laporan hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan kecuali anda dirawat di Hospital atau lain-lain sebab yang munasabah. Sek. 52(2) RTA
  5. Hendaklah menunjukkan untuk diperiksa dokumen-dokumen sperti lesen pemandu, perakuan Insuran, cukai jalan dan lain-lain kepada Pegawai Polis. Sek. 52(4)(a), (b) & (c) RTA
  6. Jika anda melihat sesuatu kemalangan berlaku, anda hendaklah mencatitkan nombor-nombor kenderaan yang terlibat dan memberi maklumat kepada pihak polis.
  7. Bila anda diminta oleh pihak Polis untuk memberi apa-apa bantuan yang munasabah kepada mangsa kemalangan, anda hendaklah memberi bantuan tersebut. Sek. 52 (3) RTA.

Oleh yang demikian kepada semua pengunjung MycarMotorClub khususnya kepada ahli-ahli Mycarmotorclub berhati-hati lah di jalan raya sesungguhnya masih ada yang sayang...............

Wednesday, January 20, 2010

Serba sedikit tentang futsal....

Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah FUTSAL adalah satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai.Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia YMCA.

Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas,hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal.Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.Futsal dimainkan di dalam dewan.

PERALATAN DAN KEPERLUAN

• Gelanggang Futsal adalah versi
mini bola sepak sebesar gelanggang
bola balingan dan boleh disesuaikan.

Follow up:

• Permukaan gelanggang biasanya
menggunakan rumput sintetik,
alas sintetik, lantai parquet atau
simen yang boleh menyerap lantunan.
Bola Futsal
• Dibuat dari kulit atau bahan sintetik
• Size 4 untuk dewasa
• Size 3 untuk junior
• Berat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400 – 440 gms.
• Cirri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa.

Kasut Futsal dan Penghadang Kaki (Shinguard)
• Kasut Futsal disebut juga “Futsalor”, Tapaknya dibuat
daripada bahan getah supaya sesuai dengan
semua permukaan gelanggang untuk cengkaman
yang kuat.
• Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan
hujung kasut.
• Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap
pemain untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan.
• Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada jenama
terkemuka seperti Nike, Adidas, Topper, Puma, Jordan, Converse dan.
lain-lain. Ia dibuat daripada kepingan plastik disaluti penebat seperti
getah.

Gelanggang

BAGAIMANA FUTSAL DIMAINKAN DAN
UNDANG-UNDANG PERMAINAN
BOLA SEPAK
• Bola Saiz 5
• 11 pemain
• 3 gantian
• Balingan ke dalam
• Pengadil Utama dan 2 Pengadil Garisan
• Masa permainan dijaga olehpengadil utama
• 45 minit separuh masa
• Tendangan Gol (Goal Kick)
• Undang-undang offside
• Kesalahan tidak terhad
• Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang ditendang semula kepadanya
• Tiada gantian untuk pemain yang dibuang padang
• Tendangan sudut di garisan “arc”
FUTSAL
• Bola Saiz 4 dengan daya lantunan dikurangkan 30%
• 5 pemain
• Tidak terhad-dengan pemain gantian dipanggil “flying”
• Sepakan ke dalam
• Pengadil utama dan pembantu pengadil dengan kuasa yang sama
• Masa dijaga oleh penjaga masa
• 20 minit separuh masa dengan 1 “time-out” untuk setiap pasukan setiap separuh masa
• Balingan oleh Penjaga Gol (Goalkeeper Throw)
• Tiada tindakan untuk pergeseran bahu atau tekel melunjur (shoulder charges or sliding tackle)
• Peraturan 4 saat untuk mula main
• 5 had kesalahan dan tiada tendangan bebas dengan barisan “wall”
• Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantar balik padanya dengan apa cara sekalipun termasuk
dengan kepala atau dada.
• Hanya sekali “tolak balik” atau “backpass” dibenarkan
iaitu selepas bola melepasi garisan tengah atau telah
disentuh pihak lawan.
• Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minit
atau pihak lawan telah menjaringkan gol. Tendangan
sudut betul-betul di sudut antara pertemuan garisan
gol dan tepi.
Perbezaan antara Bola Sepak Biasa dan Futsal

Oleh yang demikian MycarMotorClub tidak ketinggalan untuk aktif di dalam sukan ini. Mycar sering mengadakan perlawanan persahabatan di Padang Futsal Dewan Jubli Perak Kuala Lipis dan di tempat-tempat apabila berkonvoi. Dan setakat hari ini kemenangan masih berpihak kepada MYCARMOTORCLUB......

Sunday, January 17, 2010

Berehat Seketika....

Berehat Seketika....

Wednesday, January 13, 2010

Petua Membeli Kereta Terpakai


Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.


A. PEMERIKSAAN LUARAN


Sila periksa pemegang pintu
Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang
Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat
Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik


B. PEMERIKSAAN ENJIN


Pastikan keadaan enjin mestilah bersih
Pastikan enjin tidak diubahsuai
Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan
ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih
di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.
Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk
Pastikan semua ‘belt’ berada dalam keadaan baik


C. PEMERIKSAAN DALAMAN


Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah
Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik
Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik
Pastikan lantai tidak berkarat
Pastikan ‘dashboard’ tidak retak
Pusingkan setering ke kiri dan ke kanan
Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch
Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik
Pastikan tali pinggang boleh dipakai
Pastikan ‘jeck’ clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik


4. CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT


Cuba hidupkan ’switch’ tetapi jangan hidupkan enjin
Pastikan meter suhu bergerak
Pastikan lampu minyak enjin menyala
Pastikan lampu bateri menyala

Cuba hidupkan enjin
Pastikan semua meter berfungsi dengan baik
Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox
Cuba matikan enjin dan hidupkan semula
Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah
Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran
Tiada masalah semasa penukaran gear
Cuba pusingkan stering 360 darjah. Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?

Cuba anda pandu kenderaan tersebut dan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension. Cuba biarkan enjin kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya berada dalam keadaan stabil.


5. PEMERIKSAAN TERAKHIR


Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin.
Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta

Tip ini dipetik dari AAM Drive magazine.


Rancang Perjalanan Anda

Pemanduan selamat di jalan raya Rancang perjalanan anda
Anda dikehendaki mengenal pasti laluan yang akan diambil untuk mengelak memandu dalam keadaan teragak-agak. Tentukan terlebih dulu kawasan rehat dengan menggunakan peta.

Dapatkan rehat mencukupi
Elakkan diri memandu di tengah malam atau pun awal pagi kerana ketika itulah tubuh memerlukan masa rehat. Perjalanan jauh selepas bekerja atau makan menyebabkan anda letih dan mengantuk.

Elak mengambil ubat yang tidak bersesuaian
Elak mengambil minuman atau ubat yang beri kesan mengantuk

Buang perasaan negatif
Hindarkan Perasaan Negatif seperti marah, kecewa dan teragak agak sebelum memandu Perbuatan berkenaan boleh mendorong untuk melanggar peraturan jalan raya seperti memandu laju dan secara berbahaya.

Periksa Kenderaan terutama sebelum memulakan perjalanan jauh
Periksa bahagian enjin seperti minyak pelincir, bateri, tali kipas dan air radiator. Selain itu periksa bahagian lampu utama, lampu isyarat, lampu brek dan lampu syarat kecemasan. Anda juga dikehendaki memeriksa bahagian penting tayar seperti tekanan angin, keadaan tayar dan tayar gantian. Periksa bahagian brek seperti minyak brek, brek tangan dan keberkesanan brek serta memeriksa getah pengelap cermin.

Sumber: Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)

Thursday, January 7, 2010

Untuk Tontonan Umum....

Wednesday, January 6, 2010

Takwim 2010 ( Cadangan )







Penggal Pertama
29 hingga 31 Januari 2010 @ 26 hingga 28 Mac 2010

KONVOI DAN MESYUARAT AGONG 2010/1 DI PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Jadual 29 Jan / 26 Mac
1000 pagi :
MYCAR LIPIS berkumpul di Dataran Lipis
MYCAR RAUB berkumpul di Dataran Raub
MYCAR KUANTAN & TEMERLOH di Dataran Bentong
Kesemua ahli MYCAR berkumpul di Dataran Bentong
1300 tengah hari : Solat Jumaat
1345 tengah hari : taklimat marshall dan perjalanan
1400 petang : bertolak ke Port Dickson
1900 petang : Mendirikan khemah
2030 malam : Ice Breaking

Jadual 30 Jan / 27 Mac 2010

0900 pagi : Sukaneka
1200 tengah hari : Melawat tempat-tempat bersejarah
- PD Lighthouse
- Kota Lukut
0800 malam : mesyuarat agong kali pertama

Jadual 31 jan / 28 feb 2010

0900 pagi :
Pemeriksaan kenderaan
bertolak pulang


PENGGAL KEDUA

28 HINGGA 30 MAY 2010
PERCUTIAN SEGAR DI CAMERON HIGHLANDS

Aktiviti :
Melawat Ladang Teh
Melawat Ladang Strawberry
Melawat Taman Rama-rama
Gunung Brichang
Air Terjun Robinson





PENGGAL KETIGA : 31 OGOS 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

PENGGAL KEEMPAT : DISEMBER 2010

KONVOI AMAL & MESYUARAT AGONG KALI KE 2 2010/2

- Membantu mangsa banjir

- Gotong Royong Perkuburan Islam

- Membersihakan rumah anak yatim / rumah orang tua - tua

Monday, January 4, 2010

Mereka yang menjayakan Konvoi Penutup Tahun 2009

Di antara mereka yang menjayakan Konvoi ke Kuantan dan ada lagi tetapi tak dapat di muat turunkan di laman ini kerana masalah2 yang tidak dapat dielakkan. Apapun tahun 2010 ini kita gegarkan lagi dengan aktiviti2 yang lebih menarik dalam usaha untuk mempromosikan Mycar Motorclub.
















8 Petua Keselamatan Jalanraya Untuk Para Pemandu

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.

2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.


Selamat Tinggal 2009...............

2009 kita tinggalkan dengan pelbagai rintangan dan dugaan yang telah kita hadapi dan tempuhi. Kini 2010 telah menjelma. Masih belum terlambat untuk Blogger Mycar Motorsport mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua ahli-ahli Mycar Motorclub tidak kira di mana anda berada

"Friends and loves comes and goes but all the memories still together"

Sebagai kenangan tahun 2009................








MyCar MotorClub © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute