Wednesday, August 11, 2010

Konvoi Bukit Tinggi



Alhamdulillah pada 8 Ogos 2010 yang lalu Kelab Mycar MotorClub telah berjaya menjalankan aktiviti bagi penggal yang ke empat dengan mengadakan aktiviti Konvoi ke Bukit tinggi, Bentong Pahang. Seperti biasa ahli kelab dari Lipis telah berkumpul di kedai Maklong untuk sarapan pagi yang disponsor oleh Adeq.

Tepat jam 9.30 pagi ahli kelab bergerak menuju ke Raub. Perjalanan yang tenang dan tiada masalah membuatkan perjalanan menjadi lancar. Di Stesen minyak Petronas Raub, ahli2 kelab dari Raub telah menunggu dengan senyuman yang terpancar dari wajah mereka. Perjalanan di teruskan menuju ke Bandar Bentong. Di bentong kamim berkumpul di R&R Bentong untuk menanti ahli2 dari Bentong pula. Setelah semuanya berkumpul kami bertolak menuju ke Genting Sempah untuk makan tengah hari.







Jam menunjukan jam 1.30 petang oleh yang demikian konvoi diteruskan untuk menuju ke destinasi yang dicadangkan iaitu Bukit Tinggi untuk aktiviti seterusnya iaitu acara bowling berpasukan. Sebanyak 6 pasukan diundi dan team Sholin Bowling telah berjaya mengalahkan pasukan yang lain, diikuti pasukan daripada team Aboh dan tempat ketiga di menangi oleh team Bola Pusing.
id="BLOGGER_PHOTO_ID_5504145250591000690" border="0" />
































Tuesday, July 20, 2010

Oh Speed Trap !!!!!

Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN (yang mana aku tau)
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Saman Ekor Diteruskan ....PDRM

KUALA LUMPUR 9 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab.

PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan.

Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mengikut kedua-dua seksyen terbabit, polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) boleh menyenaraihitamkan pemilik kenderaan sekiranya mereka masih ada urusan (saman) yang belum diselesaikan dengan polis atau JPJ, maka mereka tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini menerima banyak rungutan daripada orang ramai berhubung pelaksanaan saman ekor.

Selasa lalu, seorang pembaca dalam suratnya kepada akhbar ini berhujah yang seseorang pengguna sepatutnya tidak dihukum dan disenaraihitamkan selagi belum diputuskan bersalah oleh mahkamah.

Abdul Aziz bagaimanapun menjelaskan, sebelum menyenaraihitamkan setiap pemilik kenderaan, satu notis saman akan dikeluarkan kepada mereka dan menunggu maklum balas daripada pemilik tersebut sama ada mereka atau orang lain yang melakukan kesalahan itu.

Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh selama tujuh hari kepada setiap pesalah untuk memberi maklum balas terhadap notis itu dan menyerahkannya semula kepada PDRM.

"Sebagai contoh, jika kesalahan itu dilakukan oleh orang lain dan menggunakan kenderaan mereka, pemilik kenderaan perlu menyatakan nama dan alamat pemandu berkenaan agar satu saman diserahkan kepada mereka yang melakukan kesalahan itu.

"Bagaimanapun, jika pemilik kenderaan itu memberikan maklumat yang salah, maka tindakan tegas akan diambil ke atasnya," katanya.

Tambah Abdul Aziz, pihaknya telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009.

Beliau berkata, sebanyak 1.07 juta pengguna lalu lintas yang melakukan kesalahan dan mengabaikan saman disenaraihitamkan sejak ia dikuatkuasakan 15 April lalu.

Menurut beliau, notis yang diberikan sejak September tahun lalu itu dilihat memadai untuk memaklumkan kepada orang kena saman (OKS) agar membayar saman mereka bagi mengelak disenarai hitam.

Katanya, pengguna yang disenarai hitam adalah mereka yang melakukan dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat.

Pihaknya mempunyai bukti seperti rakaman gambar kesalahan setiap pengguna sebelum mengeluarkan saman tersebut.

"Sekiranya pemilik kenderaan itu tidak memberi sebarang maklum balas, maka pihak polis beranggapan pemilik terbabit benar melakukannya dan diminta untuk membayar saman berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz meminta agar setiap pemilik kenderaan mengemas kini alamat masing-masing bagi memudahkan segala urusan berkaitan saman.

Pemilik kenderaan juga tambahnya, boleh merujuk saman ekor yang mereka terima di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sekiranya yakin tidak melakukan kesalahan tersebut.

Monday, July 19, 2010

Mesyuarat Agong kali ke 2/2010

Tarikh : 18 Julai 2010 (Ahad)
Masa : 2.00 petang
Tempat :Taman Gajah Berkubang, Temerloh, Pahang

Kuala Lipis : Kelab MycarMotorClub telah mengadakan mesyuarat Agong Kali Ke 2 bagi tahun 2010 ini. Seperti biasa ahli-ahli kelab akan berkumpul di Padang MDL, Kuala Lipis, manakala ahli-ahli dari daerah lain akan berkumpul di Kerdau untuk makan tengah hari. Untuk perjalan kali ini tidak melibatkan banyak kenderaan. Ini kerana objektif utama perjumpaan kali ini adalah untuk mesyuarat agong, perlantikan MT & AJK dan perancangan aktiviti kelab Mycar bagi tahun 2010 ini.




Perjalanan dari Kuala Lipis bermula pada jam 9.30 pagi melalui jalan Lipis-Jerantut-Temerloh. Konvoi kemudiannya sampai ke destinasi untuk makan tengah hari di simpang 4 Kerdau. Di sana Abang Man (Wakil Temerloh) telah menunggu dengan senyuman yang terpancar dari wajahnya. kami sampai di sana awal dari yang ditetapkan, mungkin kerana sepanjang perjalanan tiada masalah dan mungkin kerana konvoi yang kecil. Hidangan yang disajikan kepada kami sangat-sangat meliurkan. Ikan patin Tempoyak, Ayam Masak Pedas, Sambal Belacan adn tidak lupa buah tembikai dan air sirap.






Selesai makan tengah hari yang melazatkan. konvoi bergerak ke Taman Gajah Kubang, Temerloh untuk aktiviti utama iaitu mesyuarat Agong kali ke 2. Seperti biasa barisan Marshall mengambil tempat masing-masing bagi melancarkan perjalanan ke destinasi yang dituju. Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan pengerusi dan memperkenalkan beberapa ahli baru kepada ahli-ahli yang lain. Seterusnya perlantikan AJK dan MT yang baru bagi mengantikan mereka yang telah meletakkan jawatan. Dan mesyurat hari itu di akhiri dengan hal-hal berbangkit serta cadangan aktiviti-aktiviti bagi penggal akhir tahun ini. ( nama-nama MT & AJK akan dipaparkan pada keluaran yang akan datang)







Mesyuarat agong kali ke 2 ini ditamatkan dengan aktiviti menampal stiker di kereta ahli-ahli baru yang menghadirkan diri dan juga futsal.





Gambar kenangan ahli bersama kenderaan kesayangan mereka :












MyCar MotorClub © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute