Saturday, November 28, 2009

Peraturan dan Etika Berkonvoi

Konvoi berkereta di bahagikan kepada empat bahagian:
* Kereta Lead
* Marshall
* Sweeper
* Kereta Peserta
Kereta Lead
1. Lead Car harus lah menentukan had kelajuan sesebuah konvoi, dan harus sentiasa beringat tentang jarak dan bahawa ada kereta jauh di bahagian belakang sesebuah konvoi.
2. Kerap memerhati melalui cermin sisi memastikan bahawa semasa konvoi kereta tidak jarak terlalu jauh.
3. Jika menempuh terlalu banyak lampu isyarat, Ia patut berhenti di sesuatu tempat yang selamat dan tidak menggangu lalu lintas sementara menunggu untuk mengumpulkan konvoi semula.
4. Sentiasa memberikan isyarat jika menukar arah.
5. Memberitahu konvoi di mana akan berlepas dan berhenti atau konvoi disediakan dengan peta.
Sweeper
1. Sentiasa berhubung pandang dengan kereta Lead (Jika Perlu).
2. Menggunakan hubungan 2 hala (Walkie Talkie) untuk menghubungi Kereta Lead.
3. Jika Kereta Lead memberikan isyarat memotong kepada kereta lain. Biarkan kereta yg tidak dalam konvoi unutk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi.
4. Hubungi kereta Lead jika kereta di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.
Marshall
1. Berada di tengah2 semasa konvoi.
2. Akan keluar dari konvoi (atau boleh berada di mana2 untuk memastikan konvoi dalam satu kumpulan.
3. Membantu konvoi berjalan lancar di suatu persimpangan.
4. Memastikan konvoi tersusun.
Kereta Peserta
1. Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan.
2. Memerhatikan kereta lead jika ingin memotong (gunakan isyarat)
3. menjarakkan antara kereta di depan dalam keadaan selamat dan selesa
4. Tidak membiarkan kereta di hadapan terkeluar dari susunan.
5. Flash kan lampu jika ada kecemasan.
1) Perkara Am Sebelum berkonvoi Buat pemeriksaan ke atas kereta anda spt memasti kan semua minyak cukup , tekanan tayar dan lain2 dalam keadaan baik. Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki kereta anda. Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi dapat lah sekiranya memberitahu kereta Lead, Marshall atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang lain yag mmungkin menyebabkan mereka akan mengikuti peserta yang tidak menyertai konvoi dalam sesuatu keadaan.
2) Menyalakan lampu semasa waktu siang nyalakan lampu kecil dan lampu fog anda. Semasa waktu malam nyalakan headlight dan fog light anda. Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama.Ini memudahkan Jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan ( memberhentikan/memperlahankan kereta maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu ada lah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.
3) Jangan mengekori di belakang kereta terlalu dekat Jangan mengikut kereta di hadapan terlalu dekat dan dengan kelajuan yang maksima. Ini amat lah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.
4) Membenarkan kenderaan lain mencelah selalunya , Peserta di dalam konvoi tidak membenarkan kenderaan mencelah atau memasuki susunan konvoi. Walau bagaimana pun konvoi sebenarnya membenarkan kenderaan lain keluar masuk dari susunan konvoi. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut , menakut nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan ingin kan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatang kan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.
5) Kereta Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan. Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap pemandu dan jkemampuan kereta peserta. Tidak di nafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan kereta anda masih di dalam susunn konvoi tanpa mengganggu lalulintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah sikap peserta sendiri bertanggungjawab memastikan kereta di belakang , di sisi berada dalam susunan.Jika kereta di belakang perlahan. Pasti kan peserta tidak meninggalkan kereta terlalu jauh ( perlahan kan juga kenderaan anda). Maka konvoi tidak akan terputus. Jangan memecut laju dan meninggalkanSusunan konvoi untuk keselesaan memecut atau cuba mengikuti, mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi. Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada susunan konvoi.
6) Berlaku kecemasan atau masalah. Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, tiada sesiapa peserta konvoi berhenti melainkan kereta SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat. Ini kerana satu susunan konvoi jika berhenti juga untuk memberikan pertolongan ( atas sikap ingin menolong) mudah mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.
7) Tenang kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan sukses. Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda2 yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta dalam keadaan sabar , tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.
8) Keluar / masuk Lebuhraya ada yang menggunakan Touch N Go , Tag dan tunai. Walau apa cara sekalipun anda membayar sentiasalah memperlahankan kenderaan anda dan berhenti di belakang kereta Lead di tepi dan menhidupkan lampu hazard (double signal). Jangan keluar daripada kereta. Tunggu sehingga semua berada di susunan semula (SWEEPER akan memastikan susunan ini) . Matikan double signal dan berikan signal perlahan lahan masuk ke lane perlahan unutk meneruskan perjalanan.
9) Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan kereta hadapan dan menyebabkan kereta yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya.

Friday, November 13, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU....

hmhmm ramai ahli mycar baru kahwin n nak kahwin,club mycar ingin ucap kan slmt pengantin baru kpada ahli mycar yg baru kahwin,hmhmmm jd ahli yg msh bujang 2 bila lg nak cri jodoh,da pergi ke blm kursus kahwin 2......tp sparuh ahli mycar xfikir sngt sal kahwin...yelah kereta ku bini ku...heheheee...


Gambar disebelah brader ni muka heppi giler dapat kahwin...heheheheee....aku xtau r heppi dpt kahwin ke dpt ****** korang fikir sndiri ar...

Saturday, November 7, 2009

JAGE2 NAK BELI KERETE BEB........













Jangan takut gambar di ats tak ada kena mengena pun ngn Club MYCAR....cuma ada ahli mycar yg tersilap beli kereta..... beli kereta potong beb....kes naya.... jd kami harap pihak puspakom n jpj lebih teliti jalan kan tugas,jd kalau nak beli tgk dulu jagn tgk harga je beb....lg murah lg ar byak potong.....Bukan potong harga je potong body lak 2....

Gambar Disebelah Sekadar hiasan

agak2 korang kereta seblah nie leh smbung lik x...

Tuesday, November 3, 2009

KITA KONVOI LAGI...!!!!!!!!




MyCarMotorclub Konvoi Ke Kuantan....

Pada 31 Oktober 2009 hingga 1 november 2009 kelab kereta Mycarmotorsport telah merealisasikan cadangan untuk konvoi ker Kuantan. Pada mulanya hanya mencadangakan secara gurauan tak sangka lah plak diaorang bersetuju dan terus mengadakan meeting untuk konvoi tersebut. Walaubagaimanapun geng-geng daripada Daerah raub tak dapat nak join sebab ada masalah-masalah yang tak dapat dielakkan ..... tak pelah geng Raub lain kali kita set semula.Best memang best banyak dugaan semasa on the way gi sana,Ada sikit gmbar untuk tatapan korang...peace..

Friday, July 31, 2009

Selamat datang ke MyCarMotorClub!


Assalamualaikum............

Ini merupakan blog kelab kereta Mycarmotorclub yang baru di tubuhkan..

Penubuhan kelab kereta Mycarmotorclub ini masih dalam pembinaan dan keahlian terkini terdiri daripada kawasan Kuala Lipis , Raub dan Temerloh Pahang.


Tujuan penubuhan kelab kereta Mycarmotorclub ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara rakan-rakan tiga tempat ini, selain daripada itu dapat memberikan sumbangan tenaga,buah fikiran dan wang ringgit kepada masyarakat juga negara Malaysia.Walaupun baru, Kelab kereta Mycarmotorclub ini telah membuat beberapa aktiviti konvoi pada tahun 2009.

Kepada Sesiapa yang berminat untuk menyertai kelab kereta Mycarmotorclub amat kami hargai dan untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi :-

En. Jawa ( Pengerusi ) : 014 - 8116077

En.Nan ( Timbalan Pengerusi ) : 017 - 9094680 / 013 - 9533754

Segala sokongan dan pandangan daripada pihak sahabat-sahabat amat kami harapkan dan di harap ia menjadi satu aktiviti yang bermanafaat kepada kita semua.


Sekian, Wasalam........


KONVOI PERTAMA MYCAR KE CHAMANG BENTONG


Antara ahli mycar lipis yg mengikuti xtvt konvoi ke chamang bgambar,sbl berkonvoi ke raub...









MYCAR MOTORCLUB ZONE RAUB

Ahli2 mycar yg pergi konvoi ke chamang....







ahli mycar lipis n raub sibuk menyusun kereta untuk bergambar wat akhbar sinar harian...kuar paper siot sapa xnk...heheheeeeee...



Best.....memang best konvoi ke chamang....byk xtvt kita wat,sukaneka ada makan2 ada awek ada,hadiah ada...mcm2 ada ar katakn...mcm xnak blk ar heheheee

bergambar kenangan bersama semua ahli n pra pernonton dgn hadiah..sblm berangkat pulang.....gua sempat lg sembat hadiah diorg heheheeeee.......harap2 halal ar..hheheeee HIDUP MYCAR.....!!!!!!! 1CLUB 1Malaysia....,bab kata dato Najib
MyCar MotorClub © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute